Saturday, July 13, 2013

PENGENALAN : 1BESTARINET & FROG VLE

1BestariNet merupakan projek inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (dahulu dikenali sebagai kementerian Pelajaran Malaysia) dengan kerjasama syarikat swasta, iaitu YTL Communication Sdn. Bhd.
Di bawah projek bestari digital 1BestariNet, sebanyak 10,000 buah sekolah kerajaan di seluruh negara akan dibekal dan dilengkapi prasarana digital dengan akses internet berkelajuan tinggi (menerusi rangkaian Yes 4G) beserta platform pembelajaran maya yang bersepadu dan bertaraf dunia (menerusi portal Frog VLE). Di samping itu, ia juga diintegrasikan dengan aplikasi Google Apps (ada dinyatakan dalam blog rasmi Google, klik di sini). Jangan lupa yang ini juga :-).
Langkah murni ini diharap dapat mewujudkan tadbir urus, pengajaran dan pembelajaran (PDP) dan kolaborasi yang bersepadu di dunia maya menerusi portal Frog VLE. Visi 1BestariNet adalah mentransformasikan platform pendidikan di Malaysia di samping merapatkan jurang digital antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan infrastruktur pendidikan digital yang berkualiti kepada seluruh rakyat Malaysia, amnya.

Penyelesaian pendidikan secara bersepadu ini dapat digambarkan menerusi rajah di bawah :
Frog VLE @  merupakan suatu sistem pembelajaran maya berasaskan web (web-based virtual learning system) bagi seluruh warga sekolah, khususnya kepada para pelajar, ibu bapa / penjaga dan guru (pendidik). VLE sendiri membawa maksud persekitaran pembelajaran maya (virtual learning environment @ VLE). Jika anda biasa dengan paparan blog (seperti Blogger, WordPress dll) atau laman web / portal CMS (seperti Drupal, Joomla, Moodle dll), sudah tentunya anda tidak berasa kekok dengan antaramuka portal Frog VLE ini. Projek Frog VLE ini dipilih memandangkan ia mudah diakses, diuruskan, mesra pengguna (user friendly) dan sesuai untuk semua peringkat umur. Tambahan pula,  Frog Vle pernah memenangi beberapa pingat (award) di peringkat antarabangsa.

Pendek kata, portal Frog VLE ini berfungsi sebagai pusat setempat atau medan / platform komuniti pembelajaran bagi kumpulan sasaran, iaitu para pelajar, ibu bapa / penjaga maupun guru (pendidik).
Frog VLE ini boleh diakses dalam kawasan sekitar sekolah atau luar sekolah (di mana-mana tempat). Disekolah, kandungan internet akan ditapis bagi memastikan persekitaran maya yang diakses adalah selamat dan berunsurkan positif. Blog atau laman web / portal yang berunsur negatif, provokasi, lucah dan sebagainya akan disekat (block) daripada diakses. Memandangkan Frog VLE juga mengguna pakai teknologi awan (cloud), maka ia boleh diakses di mana jua anda berada. data yang disimpan juga mudah diakses di mana jua berada dan boleh diakses pada bila-bila masa tanpa batasan waktu. Pengguna bebas mengakses dan mendaftar masuk (login ID) portal Frog VLE secara percuma menerusi rangkaian Yes atau 'hotspot' Yes.


With the VLE, education does not have to be confined to a traditional classroom. Learning can take place anywhere, anytime.

1 comment:

  1. Columbia Titanium Boots, Long Handle, Long Handle, Leather
    Columbia Titanium Boots, titanium trim hair cutter reviews Long Handle, Long Handle, Leather · Long Handle · Long Handle · Long Handle · 2020 edge titanium Long Handle · Long Handle · best titanium flat iron Long Handle · used ford escape titanium Long Handle · Long Handle · citizen promaster titanium Long $13.95 · ‎In stock

    ReplyDelete